Sunday, March 22, 2015

Segamat Selaku Tuan Rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Tahun 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI JOHOR 2015






Pejabat Pendidikan Daerah Segamat telah diberi kepercayaan oleh Pengarah Pendidikan Johor Hj. Aminudin Bin Adam untuk menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor pada tahun 2015. 




YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor akan merasmikan majlis berkenaan yang akan berlansung secara gilang-gemilang di Dewan Serbaguna Segamat. Tarikh Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor pada tahun ini jatuh pada 21 Mei 2015.

Kami menyeru semua warga Segamat dan seluruh negeri Johor untuk hadir ke sambutan berkenaan bagi memberi pengiktirafan dan sokongan padu kepada seluruh warga pendidik yang telah banyak menabur bakti kepada kemenjadian anak bangsa. Ini secara tidak langsung memberi semangat dan dorongan kuat bagi seluruh warga pendidik untuk terus berkhidmat demi kepentingan agama, bangsa dan negara.


Bagi memeriahkan sambutan kali ini, banyak agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan akan turut serta dalam majlis berkenaan. Ruang-ruang di sekeliling dewan akan dipenuhi dengan pertunjukkan dan perkongsian pintar setiap agensi terlibat bagi memberi pengetahuan dan kesedaran secara terus kepada yang hadir. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan urusetia terlibat. 












 






 
Pengenalan

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi),
- pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam
masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan
-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
- See more at: http://live.utusan.com.my/Event/Sambutan_Hari_Guru_2014_16_Mei_2014?Page=0#sthash.9DU7Oh45.dpuf